//Cactus On The Moon!
Follow Dashboard
KPTMBangi's-Student-To-Be
Sunday 18 May 2014 | 0Superstar (s)!


Assalamualaikum semua :D Hai kawan kawan! Hehe. Hari nii Riena terasa macam nakk share sikit lahh pasal apa yg akan berlaku pada diri Riena tak lama lagi. Weheee, Riena dapat masuk KPTM Bangi. Yey! Dah lama aim Kolej tu, in case tak dapat IPTA lahh kan. Memang tak dapat pun *sigh* Riena dapat kos Diploma Pengajian Perniagaan under UiTM kod BM111. Ok, siapa sama dgn Riena? Angkat tangan! Ok nampak! Haha. Ok. So Riena mmg betul betul dah confirm nakk masuk KPTM Bangi. Well, Matriks and IPTA tak dapat. Yg dapat pun form6 and Politeknik. Taknak lahh pergi sana. So, tak dapat IPTA, dapat under MARA nii pun ok jugakk. As long as kitaa belajar. Belajar kat memana pun sama jugakk. Cuma tinggal effort kitaa waktu belajar tu sajee utk menentukan kejayaan kitaa di masa hadapan. Tak ke gitu? Hihi.

Ok so. Memandangkan I nii perempuan, so girls out there kena jadi macam Riena. Well, bukan tak faham perempuan nii macam mana kan. Nakk bawak itu lahh. Nakk bawak ini lahh. Kalau bole nakk bawak satu rumah or satu bilik terus. Tak payah susah susah fikir nakk packing bagai. Betul tak? Hee. So, utk all the gegirls out there, nakk sambung belajar, we have to make a plan. Otherwise, nanti ada je benda yg tertinggal lahh, lupaa nakk beli lahh, barang tak cukup lahh. Kan leceh tu. Lagi lagi utk org org yg dapat sambung belajar jauh daripada rumah kan? Haa nasib korang lahh. Time tu lahh nakk meraung bagai. So please don't do that. And one more thing, plan awal awal. Takmau buat kerja last minute mcm I nii. Monangihhh nanti. Hihi. So, lets pack our things!


1. Pakaian

*Kepala*
  • Tudung (Riena ada macam macam jenis and warna tudung. So Riena akan bawak tudung bawal ofcourse and shawl. Utk orientasi, Riena kena pakai tudung bawal warna Krim / Putih sahaja. So itu sangat penting.)
  • Scarf (Bagi Riena, yg nii teramat sangat lahh penting especially waktu pakai tudung. Riena jenis yg tak bole tak pakai scarf cuz rambut Riena teramatlahh sangat lembut, so senang senang je rambut tu merimaskan Riena. Tapi rasanya bila dah masuk kolej nii, dah tak kesah dah kena pakai scarf full or what. Kalau masa sekolah dulu, Riena asyik kena marah je sbb pakai scarf yg tak dibenarkan ke sekolah. So now, I'm not going to school anymore. So, apadahal! Hehe.)
  • Brooch (Hello! Kalau benda nii takde, acano nakk pakai tudung, betul tak? So tolong jangan lupa! Haha. Riena letakkan semua koleksi brooch Riena kat dalam satu bekas comel. So nanti takde lah hilang kan. Letak satu tempat, much better.)
  • Getah Rambut, Cekak, Sepit Rambut (Nii penting utk gegirls out there yg berambut panjang. Selalunyaa getah, Riena gunakan masa pakai tudung. Cekak, masa study. Sepit rambut pulakk, masa mandi if taknak basahkan rambut or panas. Kalau tak, takde makna nyaa Riena ikat rambut. Riena suka lepaskan rambut. Keturunan mungkin.)
*Badan*

Haa tang nii mmg banyak. Nii lahh punca beg luggage penuh. Tak cukup 1 beg hokehhh! Haha. So, mohon sengkangkan mata korang melihat list ini. Tapi kan, korang tak bawak bebanyak macam Riena nii pun takpe. Lain org lain perangai. Macam Riena nii, cerewet sikit tang baju. Haha nasib lahh. So berapa banyak Riena nakk bawak, depends on saiz beg yg Riena akan bawak nanti. Muehehe.
  • Baju Kurung
  • T-shirt Lengan Panjang + Pendek
  • Baju Tidur (For me, macam tak perlu cuz Riena bukan pakai pun nanti. Hihi.)
  • Inner + Hand Sock
  • Tracksuit + Slack + Jeans
  • Kain Batik (For those yg suka berkemban time mandi, jgn lupaa bawak. Hihi. Sebole bole nyaa, curi lahh kain batik mak. Nanti kalau rindu kat mak, bau bau jelahh kain batik tu. Huhu.)
  • Sweater / Cardigan
  • *18xs* HAHAHA (Nii kalau tertinggal, buat jelahh permohonan kat roommates cakap nakk pinjam. Kalau diorang bagi, alhamdulillah. Aku nakk gelak sepuas hati. Haha.)
  • Towel (Kalau lupaa nakk bawak, lepas mandi, lap badan korang dgn underwear ehh! Haha.)
  • Telekung + Sejadah (This one wajib bawak for the muslim. Non-muslim takyah beria lahh kan. Hihi. Tunaikan lahh kewajiban wahai muslimin dan muslimat.)
*Kaki*
  • Kasut Sukan (Khas utk sukan lahh. Takkan nakk pakai heels masa sukan kan.)
  • Kasut Bertutup (Yg nii bole pakai anytime. Riena listkan kat sini pun sebab masa orientasi, diaa mintakk Riena pakai nii.)
  • Heels (Riena akan bawak heels heels Riena. Samada bawak satu je atau lebih. Hihi. Riena mmg jenis yg biasa pakai heels act. So tak bole buat apa.)
  • Selipar (Example nakk pergi bilik sebelah, pakai jelahh selipar. Takkan engko nakk aku sarung sport shoes semata mata nakk pergi bilik sebelah kan? Haha.)
  • Stokin (Taktahu lahh nakk bawak berapa banyak. Tiga pasang je cukup kut. Bukannya pakai sangat plussss bole basuh kan. Hehe.)
2. Penjagaan Diri / Cosmetics
  • Shower Gel / Sabun Mandi (Tanpa shower gel, aku rasa korang akan jadi busuk. Haha. Mandi tu, jangan lupaa sabun badan tu. Sental daki daki yg ada. Hehe.)
  • Shampoo (Tolong lahh jaga rambut korang eventhough korang nii bertudung. Weheee, I love my hair ok. Thats why itu yg aku pentingkan.)
  • Ubat Gigi + Berus Gigi (Engkau dah tidur buat taik gigi, tak reti reti nakk gosok gigi?)
  • Pencuci Muka + Krim (Cuci muka sikit pakai pencuci muka, toner and all that. Kasi muka tu tampak segar sikit.)
  • Deodorant (Sapu tit kat tiak korang ye. Utk mengelakkan tiak korang berbau hancing. Hehe.)
  • Bedak (Riena pakai time nakk keluar / muka terasa panas je. Act, bedak nii kan asas for all girls. Nampak berseri seri sikit kan.)
  • Losyen (Tak dilupakan jugakk utk kulit kitaa kitaa nii. Hihi. Riena pakai Vaseline selalunyaa. Siapa sama? Ok jom jadi geng! Haha.)
  • Sikat + Cotton Bud + Ketip Kuku + Shaver (Jaga kebersihan diri yaaa anak anak Umi.)
  • Perfume (Wahahaha! Nii mmg tak bole tinggal. Al maklum laa. Lepas SPM, kerja jual perfume. Haa maii beli minyak wangi dari Riena. Kitaa buat pati sendiri. Pati buah buahan dan bunga. Minyak wangi kitaa ada sijil Halal so kakak kakak abang abang, toksah ragu ragu lagi bila nakk solat.) *Sempat Promote*
3. Stationery

Stationery taktahu apa, lemak ahh. Nakk aku siku ke hapee? Haha. Bawak lahh semua stationery yg korang rasa perlu such as, Pen, Pensel, Liquid Paper, Pemadam, Pembaris, Highlight, Marker, Pensil Box, A4 Paper, Stapler, Puncher,Sticky Pad, Note Book, Double Tape, Salotape, Paper Clip, Gunting, Colour Pensil and Al Quran for the muslims. So, got it?

4. Laundry

Haa! Benda benda nii semua aku dah muak beli masa duduk asrama dulu dulu. Hihi. So skill nakk membasuh baju sendiri dah ada. Kalau tak, apa pun taktahu. Thanks to mum and dad cuz sending me to the hostel. So dah pandai belajar berdikari sikit sikit. Bole lahh jadi orang sikit. Daripada mengharap kat washine machine tak sudah. Useless! Haha. So guys, the things we need is

  • Hanger + Penyepit Baju (So that kitaa senang nakk gantung baju.)
  • Sabun Basuh Baju (Takkan nakk basuh baju pakai air je kan? Jangan lah kedekut sangat. Letak sabun sikit. Kalau Riena, takde makna nyaa sikit. Riena lagi suka bila berbuih. Hihi. So bagi sesiapa yg suka membazir macam Riena nii, acah mak bapak kaya duit berjuta, beli pack besar ok.)
  • Softlan / Comfort (Antara dua nii, Riena lagi suka pakai Comfort Biru. Bau diaa wangi plusss tahan lama. Memang teramat sangat puas hati bila pakai baju. Tak payah pakai perfume pun dah wangi. Hihi.)
  • Bakul Baju Kotor (Masa kat asrama sekolah dulu, mana bole ada bakul baju kotor. Tu dah dikira perap baju. Riena pun taktahu lah nakk bawak atau tak bakul nii sebab Riena suka mandi, terus basuh baju. Dah terbiasa masa kat asrama dulu.)
  • Baldi + Gayung + Berus (Ini benda asas let say korang nakk basuh baju sendiri. Ataupun tiba tiba asrama korang takde air. So korang bole tadah air pakai baldi sendiri. Tak payah pinjam pinjam. Harap lahh asrama sentiasa ada air. Bole gilaa kalau takde air nii. So bawak ok.)
  • Baldi Kecik (Korang bole letak segala barang mandi korang kat dalam tu. So takyah gopoh gopoh nakk mengangkat sesatu. Betul tak?)
  • Iron + Iron Board (Tanpa iron, selekeh lah korang berpakaian ke dewan kuliah. So, muhasabah diri. Haha.)
5. Bilik
  • Cadar + Bantal + Sarung Bantal + Bantal Peluk + Selimut (Nii semua Riena beli baru. Well, kat rumah pakai katil Queen. Kalau asrama bagi katil queen, aku salute! Haha. Btw, bear is not allowed. Tak kesah lah kesayangan bagi ke hapee. Jangan bawak! Haha. Takde ahh. Gurau.)
  • Cermin (Yeah! Hidup perempuan tak akan lengkap tanpa nii. Betul tak? Hee. Pantang nampak cermin. Cermin kereta pun jadi.)
  • Tong Sampah (Please. Utk kegunaan sendiri. Cc Roommates. Jangan sibuk! Haha k gurau.)
  • Extension Wire (So senang nakk charge semua benda sekaligus. Korang kan berlambak gadget nakk kena charge itu lahh, ini lahh. Haihh. Zaman sekarang.)
  • Kalendar (Alert with those dates please. Taknak bawak pun takpa. Phone ada, apa guna. Haha.) 
6. Gadget
  • Laptop + Charger + Mouse (Korang korang nakk buat assignment kan nanti? Hihi.)
  • Handphone + Charger + Earphone / Headphone (Bole gilaa tak kalau takda benda benda nii semua? Bagi I, ini nyawa ok. Takkan still nakk pakai public? Come on. Hehe.)
  • Broadband (In case takde wifi kat tempat kat mana korang berada, korang bole guna je broadband korang.)
  • Pendrive + USB (Senang nakk save apa apa document.)
7. Isi Perut
  • Stok Makanan + Minuman
  • Pinggan + Mangkuk + Sudu + Garfu  Mug
  • Thermos (Rasa rasa nakk panaskan air, kut kut nakk buat Magee ke kan. Bole guna. Yg buat magee tu, share share lerr dgn Riena. Hihi.) 
  • Botol Air (Cuaca sekarang nii panas. So banyakkan minum air kosong ok!)
  • Ubat Ubatan (Jika anda sakit, tolong jangan menyusahkan org lain especially roommates. Macam Riena, Riena allergic seafood. So bila perlu sajaa Riena makan. Tapi Riena tetap bawak ubat ubat lain such as ubat demam, ubat selsema, ubat batuk. In case kan. Takyah susah payah cari. And kalau ada kad panel daripada mana mana syarikat, bawak ajaa. Senang nakk sumbekk kau gi klinik kalau sakit naa. Haha.)
Ok so! Goodluck everybody! Riena ucapkan, semoga maju jaya! Dah berjaya, jangan lupaa Riena. Hihi. Study betul betul. Target dapat anugerah Dekan ok! Jangan main main lagi *Note For Myself* Byeeee. Seee yaa!


Older Post
The Disclaimer


Hi gaiiiss. Welcome to my blog. Stalk me okayy :)

underlined, bold

blockqoute


Diary About Stuff Site


Let's Talk!



Own this blog : Riena Winkwink

Best View at GOOGLE CHROME!